Monday 26 November 2012

CINTA REMAJA

CINTA,bagi korang apa maksud cinta? cinta mendalam maksudnya bagi aku lah hari ni aku nk cerita pasal satu topik yang menarik iaitu,cinta di awal remaja atau lebih di kenali sebagai cinta monyet,releven ke cinta monyet ni?baru setahun jagung dah nak bercinta,bila putus?Meraung2 la apa lagi,haha,macam aku sendiri pun pernah jugak macam ni,haish,tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak kenyang,hahaha,tapi tu mula2 je,bila dah lama couple,macam sial,bosan semua ada,Sebenarnya if masih belajar bagi aku lah masih belum sesuai lagi kot nak bercinta,aku pun still lagi study dan pernah bercinta,tapi baru je putus,sebab apa aku baru sedar aku ni tak boleh serious lagi dalam hal2 cinta2 ni,kesian dia NJ,hope dia berjaya dalam hidup dan dalam pelajaran dia,.Harap2 korang yang study lagi tu,fikir dulu kalau nak bercinta2 ni,perit uh,baik fokus pelajaran dulu,nanti bila dah tiba masanya bercinta la puas2 ya,kita nak hadap pasangan kita buat seumur hidup if ada jodoh la,bukan just untuk sebulan dua then clash,errrrr,sengal,untuk kawan aku NN tak payah lah sedih pasal cinta,tak berbaloi pun,baik cinta kan mak and ayah kita lagi bagus,sementara diorang masih ada ni,kalau kekasih'PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,if mak ayah?Patah tak tumbuh dan tak berganti,ada remaja yang lagi sayangkan BF/GF lebih dari mak ayah,ayoo hebatnya panahan cinta monyet,adiossssss

Thursday 22 November 2012

Haloo

Hai-hai,dah lama aku tak update blog ni,pasal wifi rumah aku rosak,spoil betul la weh,pening kepala aku bila lama tak update hahaha,ni baru je elok petang td,fuhhh lega rasanya weh,hilang sudah gundah gulana di hati ku ni,hahaha,Aku rasa korang mesti tahu isu palestine kan?Setelah di hujani peluru dan bom,hampir lebih kurang seminggu akhirya si lahanat zionis,telah pun bersetuju menghentikan serangan ganas mereka terhadap palestine,syukur alhamdullilah,namun banyak rakyat gaza yang tak berdosa telah terbunuh,kesian sangat weh,mari kita doakan merka bersama-sama,semoga mereka sentiasa selamat,semangat diorang memang kuat.Ada orang comment blog aku ni macam berita and macam baca buku sejarah,tapi aku peduli apa,tak suka jangan baca tu je,tapi terima kasih lah untuk comment korang yang membina tu,chalooooo

Thursday 8 November 2012

BUMI BERTUAH.

Bumi bertuah,malaysia sangat bertuah kerana sudah meredeka dan bebas dari peperangan,kita tidak lagi di jajah,cukuplah 400tahun kita di jajah,namun itu dari segi fizikalnya saja,kita masih lagi belum bebas dari segi mental dan rohani,kita masih lagi di jajah,bah kan genarasi muda pada hari ini,dengan relanya membiarkan jiwa nya di jajah,lihat saja generasi kita yang mengangkat barat sebagai idola mereka,berpakaian seperti barat malah lebih teruk dari barat,kita masih lagi di jajah roh,dan juga budaya,rupa-rupanya dari segi minda kita masih lagi dijajah selama 455tahun,bila kah akan merdeka??sungguh dahsyat barat,mereka bebaskan fizikal kita,namun mereka tetap menjajah roh dan minda kita,apa akan berlaku kepada jika terus bergini?? Jika MEREKA  datanng semula mampukah kita melawan?? Pasti mudah kerja mereka,kerana roh,jiwa dan budaya sudah lama di jajah,sedarlah,kita terlalu ikutkan barat yang sememangnya sesat,generasi muda berebut-rebut membeli ticket untuk menaiki kapal yang sudah mahu tenggelam,bodohkah kita memperjudikan nasib menaiki kapal yang sudah mahu tenggelam dan bakal membunu kita? Wahai generasi muda telah merdeka,jawab lah soalan ku ini.'sampai bila kita mahu terus di jajah roh,moral dan budaya'?

Wednesday 7 November 2012

HINANYA AKU.

manusia sering lalai,lupa dan mempunyai satu sifat ego yang tinggi,ada manusia yang sering menganggap diri mereka mulia hanya kerana mereka mempunyai harta dan darjat yang tinggi di dunia ini,sehingga kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya,ada juga si miskin yang sudah susah,tetapi tetap tidak mahu bersyukur,mereka lebih suka menyalahkan takdir,menganggap tuhan kejam kepada mereka,ini lah manusia,sehari berapa kali kita bersyukur kepadaNya?? Lupakah kita betapa hinanya kita?? Tidak ingatkah siapa yang memberi nikmat kepada si kaya?? dan siapa yang menguji si miskin untuk menjadi lebih tabah?? KITA INGKAR!!!! KITA LUPA KEPADANYA,kita terus dengan ego yang tinggi,terus bangga dengan dunia sementara yang akan berhenti dan hilang,kita berasa kita lah paling mulia,silap kita silap,kita adalah manusia hina yang tidak sedar diri dan angkuh,bagaimanakah kita boleh bangga dengan dunia yang sementara?? Amalan dan suruhannya kita tolak,bersyukur kepadaNya??jauh sekali,kita semakin lupa dan alpa,kita hanya akan tersedar apabila waktu sudah memanggil dan waktu terhenti,teman kita pada waktu itu hanyalah 'SEPI' Tidak di nafikan lagi kita sememangnya hina,kita tidak cuba mendekatiNya,malah mempersendakanNya,siapa kita untuk angkuh dan sombong di dunia ini? Mengapa kita lupa dan alpa?? Tidak salah lagi kita memang 'HINA',jika kita terus bergini akan semakin hina lah kita,semakin jijik, Pesanan ini juga buat diriku.

KEGAGALAN.

Semua orang pernah menghadapi kegagalan di dalam hidup,kadang kala kegagalan membuatkan kita terus terjatuh,rebah dan sukar untuk bangun kembali,seringkala juga kita menyalahkan takdir,wajarkah?? Kita harus menjadikan kegagalan sebagai sesuatu yang positif,dan juga sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjuangan hidup,mereka yang berjaya dalam dunia dan memberi impak yang besar kepada dunia juga mengalami kegagalan,sebelum mencapai kejayaan,banyak onar yang di tempuhi,contohnya,wright bersaudara,sebelum mereka berjaya mencipta dan melakukan penerbangan yang pertama yang berjaya buat pertama kalinya di dunia,pada 17.12.1903,anda rasa sebelum itu berapa kali mereka gagal???? Jika hari ini kita gagal,tidak bermakna selamanya kita akan gagal,dan di selubungi kegagalan,. Kegagalan mengajar kita untuk lebih matang dan melakukan yang terbaik agar tidak mengalami kegagalan,sematkan dalam hati yang kita bukan lah orang-orang yang sentiasa gagal,bila gagal bingkas bangun,berjalan perlahan-lahan dan seterusnya berlari menuju kejayaan,kegagalan mengajar kita cara untuk mendapatkan kejayaan,yang penting doa,usha,pasti berjaya. 'GAGAL MEMBUATKAN KITA LEBIH KUAT'

Tuesday 6 November 2012

BANGSATNYA HIDUP MU

Umum mengetahui tentang masalah yang di hadapi oleh saudara-saudara kita yang berada di myanmar dan syiria,mereka di zalimi di bunuh dengan kejam dan tanpa perikemanusiaan,di saat kita sedang bergembira dengan kesenangan yang kita kecapi,mereka berjuang demi menjaga agama dan nyawa mereka,jika perkara tersebut berlaku di negara kita,sudah bersediakah kita? Lihat saja bangsa melayu yang beragama islam yang semakin lupa semakin alpa,semakin hilang agama,lihat saja anak-anak remaja kita,yang semakin rosak,tidakkah kita sedar?? Ayuh!!bangun sedarlah dari tidur,kembalilah ke tujuan asal kita di muka bumi ini,sedih dengan segelintir anak muda di negara kita yang tidak lansung mengambil peduli,terhadap saudara-saudara kita yang sedang di timpa sesusahan,mereka seakan-akan tidak mahu lansung mengambil peduli dan mengambil tahu,sudah buta dan tuli kah mereka???????? Kehancuran sedang menghampiri kita,secara perlahan-lahan.

Nama gua azwin iskandar,atau lebih dikenali sebagai ayam lah,berasal dari kampung Meru,senang cerita gua budak kampunglah,tapi gua bangga jadi anak kampung yang sederhana,selalu melepak habiskan masa dengan kawan-kawan,gua still lagi seorang student,gua ambik tesl,hidup gua biasa je,hidup siapa yang tak bermasalahkan?? Nak taknak kena hadap jugak,ada 3 adik beradik,gua sayang sangat-sangat mak gua 'ibu' gua suka dan kagum dengan a.samad said,bahasa nya mendalam dan indah,menyentuh hati,hahaha,gua suka tidur,layan ooooo,umur19,muda lagi,still mentah,baru nak belajar berjalan,tolong-tolong la ya ajarkan,NJ tetap di hati,chowwwwwww